Sejarah Faye Faire

Pada Jun 2022, Alena bekerja sebagai seorang wartawan di Malaysiakini dan telah diperkenalkan kepada I-Shan Esther melalui ayah I-Shan yang bekerja sebagai seorang pengarang Malaysiakini Martin Vengadesan.

I-Shan juga merupakan salah satu cucu bekas duta besar Malaysia ke Italy Datuk Ramanathan Vengadesan.

Alena mempunyai latar belakang hampir serupa. Ayah Alena, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharudin bin Idrus, juga telah berkhidmat kepada kerajaan Malaysia sebagai penasihat sains kepada perdana menteri Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi daripada tahun 2001 kepada 2006.

Tidak lama lagi, mereka sedar bahawa dua-dua orang mempunyai pengaruh muzik yang hampir sama juga (seperti Phoebe Bridgers, Elliott Smith dan The Beatles). Pada September tahun sama, Alena mengajak I-Shan untuk menghasilkan muzik mereka sendiri. Pada masa itu, mereka dikenalkan sebagai “The Crawling Sound”.

Persembahan Faye Faire di kafe BOXKL di Kuala Lumpur.

Apabila Azim Zain (daripada projek muzik Australia “Azim Zain & His Lovely Bones”)[1][2] dan Isra Gomez masuk kumpulan muzik mereka pada hujung tahun 2022, mereka tukar nama kumpulan mereka kepada "Faye Faire".

Dalam bahasa Inggeris dan Perancis, "Faye" dan "Faire" bermaksud pari-pari (ataupun “fairies”). Ia mempamerkan pengaruh folk kugiran tersebut dan diinspirasikan oleh filem drama romantik Hong Kong Chungking Express, di mana penyanyi pop Cina Faye Wong berlakon dalam watak "Faye".Persembahan pertama Faye Faire diadakan di BOXKL di Kuala Lumpur pada Mac 2023. Persembahan tersebut telah dianjurkan oleh Kumandang Zine. Faye Faire bermain empat lagu original “Ultraviolet”, “Siren”, “Telephone” dan “Wailing Wall”, yang dicipta oleh Alena dan I-Shan. Mereka juga bermain sebuah cover lagu Strokes - “Selfless”. Pada bulan sama itu, mereka telah merakam dan mengeluarkan demo tape untuk lagu original mereka, “Telephone”.

Ini gambar penyanyi Faye Faire (L-R) Alena Nadia dan I-Shan Esther semasa persembahan mereka di Merdekarya pada Mei 2023.

Pada Mei 2023, Faye Faire bermain bersama kugiran progressive rock dan psychedelic rock Martin Vengadesan & The Stalemate Factor di Merdekarya[3] dan Porkville[4] di Petaling Jaya. Faye Faire membuat persembahan terakhir mereka dengan I-Shan Esther di Merdekarya pada 10 Jun 2023.

Pada hari Jumaat 16 Jun 2023, ketika berusia 18 tahun, I-Shan Esther Christie Lee Vengadesan meninggal dunia.[5]